BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 13, 2011

sajak untuk ibu

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.


Aku Masih Ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…

Wednesday, September 7, 2011

persiapan pertunangan....

Bismillahirrahmanirrahim.....

entry kali ini, terfikir untuk bertunang  tahun depan dengan buah hati yang nun diutara. perkara nie ak dah rujuk dengan famly dan  aunty2., alhamdlh tiada kekangan malah mendapat sokongan untuk ditaja hantaran tunang ak...senang hati bila ak dengar..maklumlah still stdy kat u yang lahirkan teacher.. buah hati pun dah  mcm setuju jew nak bertunang yew..huhuhuu..pepun awk kena bagi taw mak and big boss ( remind untuk dia).....kita bertunang tempoh 2 tahun leh x.....tunggu posting dulu..hahahhaha

tengah2 berpasebook....terbaca 1 blog tentang hantaran pertunangan..yezer..benda nie amat membantu ak untuk beli keperluan..maklumlah...ak x taw pebenda pun hantaran2 nie..tenkiu kena blogger yang share input nie.....so ak dah planning untuk membeli2 barang nie....hahaha.....(kita cari sama2 ok nek iqA_)

antara barang-barangnya ialah..( mcm wat surat rasmi kan)

Hantaran pihak lelaki
1. Cincin merisik
- tak wajib, tapi elok ada – cincin belah rotan pun sesuai
2. Cincin tunang
- sekarang ni selalunya boleh ajak buah hati beli sama-sama, biar dia pilih sendiri. tapi kalau nak surprisekan si dia pun boleh juga.
3. Tepak sirih
- kalau budget lebih boleh bagi terus tepak sirih tu, kalau budget kurang boleh sewa dan bagi buat syarat – nanti lepas dua tiga hari majlis; minta si dia pulangkan balik.
4. Baju sepersalinan
- Kain 4 meter yang belum dijahit ataupun baju sepasang yang dah siap.
- pilih warna yang sama supaya nanti anda berdua bila pakai baju tersebut sepasang gitu.
- kalau si dia pakai tudung, boleh hadiahkan tudung sekali.
5. Makanan
- kuih-muih, pulut kuning atau kek
6. Buah
7. Coklat atau manisan lain seperti gula-gula/halwa.
Hantaran pihak perempuan
1. Sirih junjung
- sebagai membalas tepak sirih tadi. Andaikata pihak lelaki bawa sirih junjung, tak apa kita boleh balas dengan sirih junjung juga.
2. Baju sepersalinan
- kain pasang untuk buat baju melayu atau baju melayu siap, warna yang sama.
3. Kain songket
- ini boleh buat samping pakai dengan baju melayu
4. Songkok
- juga boleh pakai sekali dengan baju melayu
5. Makanan
- kuih-muih
6. Buah
7. Coklat atau manisan
8. Kek
9. Potpouri / bunga rampai




..............................signature atok dib................................