Bonda
Inginku memohon
seribu keampunan darimu
kerana hatimu ini telah
kusayat dengan sembilu
meninggalkan luka yang
mengalir merah
meninggalkan kesan yang
semakin dimamah waktu
Bonda
ketahuilah suatu ketika dahulu
anak kesayanganmu ini
telah dihanyutkan
najis dadah yang tidak bertepi
angkara hasutan dan mainan
syaitan durjana
mata ini sememangnya buta
kerana telah dikaburi oleh awam hitam
Dadah
kau telah merantai seluruh hidup ini
seterusnya menggari kebebasanku
tidak kira siang atau malam
dan keranamu dadah
angkaramu dadah
aku sering dibuai mimpi nan indah
sedangkan hati ini berduka lara
dek angkara hati yang buta
fikiran ini sering berada
di awang-awangan
Dadah
setiap kali aku menghidu baumu itu
bagaikan daya tarikan magnet yang amat kuat
menarik-narik hati dan tubuh ini
seakan-akan kau memanggilku
dan aku menyahut panggilanmu itu
sekali lagi aku tewas dan terus tewas
di tanganmu ini
Dadah
aku ingin segera membebaskan diri
daripada belenggumu itu
aku ingin segera bangun
daripada mimpi ngeri ini
kerana kau dadah
tidak bisa menjanjikan sesuatu
selain kegusaran dan kesengsaraan hati ini
lenamu oh dadah tidak
bisa membantu aku
oh dadah...berhentilah kau
daripada menyeksa batinku yang sedia merana
aku sememangnya tidak sanggup lagi
hidup sebagai seorang pelari
lari daripada masalah hidup
yang sememangnya mencabar kesabaranku
aku sememangnya tidak sanggup lagi
berumah di longkang-longkang busuk
dan lorong-lorong gelap
yang telah kuanggap sebagai
hotel lima bintang
Bonda
maafkanlah anakandamu ini
sememangnya keinsafan ini
menular di seluruh sanubariku
adakah ia masih terlambat
untuk ku bertaubat???
Bonda
aku berjanji padamu
yang aku akan menjauhkan diri
daripada najis dadah
aku ingin menjadi seorang manusia
yang berbakti pada bangsa dan negara
aku ingin menjejakkan kaki
ke menara gading
seperti rakan-rakanku yang lain
inginku rampas kembali
detik yang telah berlalu
namun segalanya sudah terlambat.....
saya ingin mengingatkan kalian semua di sini berfikirlah sebelum bertindak.Mengambil dadah banyak kesan buruknya
fikirkanlah berapa ramai orang di sekeliling anda yang bimbangkan diri anda.berapa ramaikah orang yang telah kalian lukai hatinya.Ibu bapa,saudara-mara kalian pula bagaimana?Betapa susahnya ibu bapa kalian membesarkan kalian dan apa pula yang kalian lakukan terhadap mereka.Bagaimana kalian membalas jasa mereka.
Kuatkan iman dan tabahkan hati kalian.
Ingatlah tuhan ada di sisi kita dan berdoalah banyak-banyak dan jangan mengambil jalan mudah dengan mengambil dadah.
Setiap masalah ada penyelesainya tidak kira besar ataupun kecil.Yang bezanya hanyalah masalah besar mengambil lebih banyak masa untuk diselesaikan.Bincanglah masalah anda dengan keluarga...sesungguhnya saya bukan orang Islam tetapi saya ingin mengingatkan anda kuatkanlah iman kalian.
Monday, February 21, 2011
surat untuk bonda --ikhlas daripada Quisly
Posted by Berembang at 5:46 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment