lagu nie untuk cik tiqah....x sabar nak tunggu 10 disember nie....setiap hari menghitung hari..setiap hari juga kerinduaan pada mu makin menebal....
Tuesday, November 29, 2011
ombak rindu..
Posted by Berembang at 6:49 PM 0 comments
Thursday, October 13, 2011
Tuesday, September 13, 2011
sajak untuk ibu
Ingatlah Kepada Ibumu
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.
Aku Masih Ingat
Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita
aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja
aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna
aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu
ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…
Posted by Berembang at 8:41 AM 0 comments
Wednesday, September 7, 2011
persiapan pertunangan....
Bismillahirrahmanirrahim.....
entry kali ini, terfikir untuk bertunang tahun depan dengan buah hati yang nun diutara. perkara nie ak dah rujuk dengan famly dan aunty2., alhamdlh tiada kekangan malah mendapat sokongan untuk ditaja hantaran tunang ak...senang hati bila ak dengar..maklumlah still stdy kat u yang lahirkan teacher.. buah hati pun dah mcm setuju jew nak bertunang yew..huhuhuu..pepun awk kena bagi taw mak and big boss ( remind untuk dia).....kita bertunang tempoh 2 tahun leh x.....tunggu posting dulu..hahahhaha
tengah2 berpasebook....terbaca 1 blog tentang hantaran pertunangan..yezer..benda nie amat membantu ak untuk beli keperluan..maklumlah...ak x taw pebenda pun hantaran2 nie..tenkiu kena blogger yang share input nie.....so ak dah planning untuk membeli2 barang nie....hahaha.....(kita cari sama2 ok nek iqA_)
antara barang-barangnya ialah..( mcm wat surat rasmi kan)
Hantaran pihak lelaki
1. Cincin merisik
- tak wajib, tapi elok ada – cincin belah rotan pun sesuai
2. Cincin tunang
- sekarang ni selalunya boleh ajak buah hati beli sama-sama, biar dia pilih sendiri. tapi kalau nak surprisekan si dia pun boleh juga.
3. Tepak sirih
- kalau budget lebih boleh bagi terus tepak sirih tu, kalau budget kurang boleh sewa dan bagi buat syarat – nanti lepas dua tiga hari majlis; minta si dia pulangkan balik.
4. Baju sepersalinan
- Kain 4 meter yang belum dijahit ataupun baju sepasang yang dah siap.
- pilih warna yang sama supaya nanti anda berdua bila pakai baju tersebut sepasang gitu.
- kalau si dia pakai tudung, boleh hadiahkan tudung sekali.
5. Makanan
- kuih-muih, pulut kuning atau kek
6. Buah
7. Coklat atau manisan lain seperti gula-gula/halwa.
Hantaran pihak perempuan
1. Sirih junjung
- sebagai membalas tepak sirih tadi. Andaikata pihak lelaki bawa sirih junjung, tak apa kita boleh balas dengan sirih junjung juga.
2. Baju sepersalinan
- kain pasang untuk buat baju melayu atau baju melayu siap, warna yang sama.
3. Kain songket
- ini boleh buat samping pakai dengan baju melayu
4. Songkok
- juga boleh pakai sekali dengan baju melayu
5. Makanan
- kuih-muih
6. Buah
7. Coklat atau manisan
8. Kek
9. Potpouri / bunga rampai
..............................signature atok dib................................
Posted by Berembang at 10:36 PM 0 comments
Monday, August 8, 2011
kerinduan yang tiada tara...
selamat menunaikan kewajiban berpuasa disiang hari dan berterawih dimalam harinya pula..pada waktu ini aku x dapat tido...cuba untuk membangun nenek kesayangan ku...yezer berjaya...tapi bila letak call sahaja....tiada mesej daripada nenek...huhuhu bosannya...itu yang saya tergerak untuk update blog..sambil2 tgk fb dan highlight man u dan city..saja layan lagu raya....ada beberapa lagu raya ini yang menyentuh kalbuku pagi ini...nanti tgk kat bawah yew...lagu itu membuatkan air mata ku mengalir..membuatkan perasaan rindu padanya semakin dalam...mengimbau detik2 bersama arwah ibu..semoga arwah ibu dicucuri rahmat..
Hampir 6 tahun ibu kembali padaNya..sejak itu, segalanya berubah dalam hidupku..tiada lagi sahur bersamanya,..tiada lagi berbuka puasa dengannya..tiada lagi membuat kuih raya bersamanya..dan yang paling aku tak boleh lupakan adalah membuat ketupat palas bersama ibu...kini tiada lagi semuanya..puasa kali ini kebanyakkan ak berbuka seorang....nak menangis rasanya,,,huhuhu...ak berdoa agar arwah ibu ditempatkan dikalangan orang yang beriman....
UNTUK nenek.....tolong jawab yew dalam blog...apa benar kew bulan ramadhan ini, orang yang telah meninggal, rohnya akan balik ke rumah untuk membuat spotcheck? nak tgk anak2nya bergaduh x kat umah,,,malas buat kerja kew...ada doakan untuk dia kew.....jawab yew ustazah neq,,,,,,
.............................signature atok adib..................for my mum.........
Posted by Berembang at 1:39 PM 0 comments
Friday, July 15, 2011
ST12 - aKU MaSiH SaYAnG
KhAs uNtUk NeK iQa......
kau rinduku jiwaku indah memanggil dirimu
mataku terbangun untuk menanti
menantimu…
jangan pernah kau ragukan cinta yang sesungguhnya
itu bisa menghancurkan semua bukan begitu
aku sungguh masih sayang padamu
jangan sampai kau meninggalkan aku
begitu sangat berharga dirimu bagiku
dan ku pastikan setia dihatimu
dan ku korbankan semuanya untukmu
sungguh kuberharap begitu padaku
coba engkau rasakan cinta yang begitukan mengesankan
yakin pasti dapatkan kemesraan yang penuh bintang...
...SIgNaTuRe AtOk ...
Posted by Berembang at 11:54 AM 0 comments
Thursday, July 7, 2011
kisah seorang ibu....
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayahkanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasarendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itumasih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnyaada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..
Posted by Berembang at 10:23 AM 0 comments
Thursday, June 30, 2011
Hargai NilAi seBUah KaSiH SaYaNg...
Posted by Berembang at 9:23 AM 0 comments
Monday, April 4, 2011
Bayangkan, Apa Yang Berlaku Dalam Sehari!
Posted by Berembang at 4:47 AM 0 comments
Monday, February 21, 2011
Kem Kepimpinan SM Agama Tinggi Kuala Kubu 2011
luar biasa hebat!! |
Senaman Pagi. Wajah-wajah ceria peserta walaupun ketika di pagi hari. Tak salahlah pepatah ada menyebut, "Mulakan harimu dengan senyuman". |
inilah kumpulan Inspiranza. Menurut mereka, inspiranza diilhamkan bagi menaikkan semangat kumpulan. |
tag nama urusetia..bukti ini.. |
Cr.Adib Azni |
Night Walk. |
p/s : Jadilah pemimpin yang luar biasa hebat kerana pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang luar biasa. :)
Posted by Berembang at 7:52 AM 1 comments
surat untuk bonda --ikhlas daripada Quisly
Bonda
Inginku memohon
seribu keampunan darimu
kerana hatimu ini telah
kusayat dengan sembilu
meninggalkan luka yang
mengalir merah
meninggalkan kesan yang
semakin dimamah waktu
Bonda
ketahuilah suatu ketika dahulu
anak kesayanganmu ini
telah dihanyutkan
najis dadah yang tidak bertepi
angkara hasutan dan mainan
syaitan durjana
mata ini sememangnya buta
kerana telah dikaburi oleh awam hitam
Dadah
kau telah merantai seluruh hidup ini
seterusnya menggari kebebasanku
tidak kira siang atau malam
dan keranamu dadah
angkaramu dadah
aku sering dibuai mimpi nan indah
sedangkan hati ini berduka lara
dek angkara hati yang buta
fikiran ini sering berada
di awang-awangan
Dadah
setiap kali aku menghidu baumu itu
bagaikan daya tarikan magnet yang amat kuat
menarik-narik hati dan tubuh ini
seakan-akan kau memanggilku
dan aku menyahut panggilanmu itu
sekali lagi aku tewas dan terus tewas
di tanganmu ini
Dadah
aku ingin segera membebaskan diri
daripada belenggumu itu
aku ingin segera bangun
daripada mimpi ngeri ini
kerana kau dadah
tidak bisa menjanjikan sesuatu
selain kegusaran dan kesengsaraan hati ini
lenamu oh dadah tidak
bisa membantu aku
oh dadah...berhentilah kau
daripada menyeksa batinku yang sedia merana
aku sememangnya tidak sanggup lagi
hidup sebagai seorang pelari
lari daripada masalah hidup
yang sememangnya mencabar kesabaranku
aku sememangnya tidak sanggup lagi
berumah di longkang-longkang busuk
dan lorong-lorong gelap
yang telah kuanggap sebagai
hotel lima bintang
Bonda
maafkanlah anakandamu ini
sememangnya keinsafan ini
menular di seluruh sanubariku
adakah ia masih terlambat
untuk ku bertaubat???
Bonda
aku berjanji padamu
yang aku akan menjauhkan diri
daripada najis dadah
aku ingin menjadi seorang manusia
yang berbakti pada bangsa dan negara
aku ingin menjejakkan kaki
ke menara gading
seperti rakan-rakanku yang lain
inginku rampas kembali
detik yang telah berlalu
namun segalanya sudah terlambat.....
saya ingin mengingatkan kalian semua di sini berfikirlah sebelum bertindak.Mengambil dadah banyak kesan buruknya
fikirkanlah berapa ramai orang di sekeliling anda yang bimbangkan diri anda.berapa ramaikah orang yang telah kalian lukai hatinya.Ibu bapa,saudara-mara kalian pula bagaimana?Betapa susahnya ibu bapa kalian membesarkan kalian dan apa pula yang kalian lakukan terhadap mereka.Bagaimana kalian membalas jasa mereka.
Kuatkan iman dan tabahkan hati kalian.
Ingatlah tuhan ada di sisi kita dan berdoalah banyak-banyak dan jangan mengambil jalan mudah dengan mengambil dadah.
Setiap masalah ada penyelesainya tidak kira besar ataupun kecil.Yang bezanya hanyalah masalah besar mengambil lebih banyak masa untuk diselesaikan.Bincanglah masalah anda dengan keluarga...sesungguhnya saya bukan orang Islam tetapi saya ingin mengingatkan anda kuatkanlah iman kalian.
Posted by Berembang at 5:46 AM 0 comments
Sunday, February 20, 2011
Wasiat Seorang Ayah
Seorang ayah merasa ajalnya sudah dekat. Maka dia pun mengumpulkan anak-anaknya dan menyuruh mereka membawa seikat kayu. Kemudian mereka datang bersama seikat kayu. Maka dia berkata kepada salah seorang dari mereka, " Patahkan tongkat ini, wahai anakku".
Si Putera berusaha mematahkan tongkat itu sekuat tenaganya, namun dia tidak sanggup meneruskannya lagi.
Maka si ayah berkata kepadanya, " Berikan tongkat itu kepada saudaramu, barangkali dia sanggup melakukannya".
Putera kedua berusaha mematahkannya pula, namun tidak berhasil. Seterusnya kayu itu berpindah dari satu tangan ke satu tangan, namun tidak berhasi.
ketika itu si ayah berkata, " Ketahuilah wahai anak-anakku, bahawa inilah keadaan kamu semua apabila bersatu".
Kemudian si ayah melepaskan ikatan kayu itu dan memberikan kepada anak-anaknya satu persatu. Lalu mereka mematahkannya tanpa susah payah.
Maka si ayah berkata, " Inilah keadaanmu wahai anak-anakku bila kamu bercerai berai". Lalu si ayah melagukan sebuah syair...
wahai anak-anakku, bersatulah kamu,
bila menghadapi cubaan dan jangan bercerai berai,
tongkat-tongkat yang terikat menyatu tidak akan patah dan bila terlepas satu persatu, ia pun mudah patah.
Posted by Berembang at 7:03 AM 0 comments
Sunday, February 13, 2011
JaNgAn tIdO.....
Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk yg teramat sgt?
Posted by Berembang at 5:58 PM 0 comments
Prosa Air Mata
Bahawasanya air mata
tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh…
tidak pula memilih waktu untuk menitis…
Air mata adalah kepunyaan bersyarikat…
dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal
di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk
ke padang yang luas dan ke tebing yang curam,
dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung yang permai
dan istana-istana yang indah.
Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis.
Luka di jiwa yang mereka hidapkan, dilingkung oleh tembok dinding
yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan
oleh orang luar atau yang mereka ketahui hanya
senyuman saja,
padahal senyum itu penuh dengan kepahitan.
by Usman Awang, 2008
Posted by Berembang at 4:43 PM 0 comments
Manakah Pilihan ANDA?????
p/s : Pilihan sebenarnya berada di tangan kita. sama-samalah kita menjadi manusia yang bertanggungjawan ke atas bumi Allah. " Kebersihan adalah separuh daripada iman".
Posted by Berembang at 4:37 PM 0 comments
wake up!!!!!!
bangkitlah dari lenamu bukalah tirai hatimu semarakkan azammu teruskan perjuanganmu jangan sesekali engkau malas jangan sekali rasa lelah jangan sekali melangkah lelah jangan sekali menyalahkan diri Belajar adalah satu kewajipan belajar umpama membina jalan jalan ke hari esok yang penuh kebaikan dan kejayaan. |
P/S: Masih ada masa dan jalan untuk anda berjaya sekiranya anda mahu lakukan dan bertanggungjawab kepada diri. |
Posted by Berembang at 9:10 AM 0 comments
Bacalah...
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. "
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "
Posted by Berembang at 7:42 AM 0 comments
Pembentangan Program First Touch di SMK Dato Harun
manis sungguh pelajar uper 6 ini.. ....hahaha...inilah fasilatator yang sudi membantu prgm first touch nanti..kawan-kawan extroxert yang rasa nak jadi abg angkat..meh turun prgm aku...awal bulan 3 nanti..hahaha..makanan..kediaman.. disediakan..terima kasih sgt kepada pelajar2 nie kerana sudi membantu prgm ini nanti..
menunggu kehadiran pengetua dan gpk untuk pembentangan modul..alhamdullihah..semuanya selesai seperti yang kami harapkan.. terima kasih kepada Sir Am yg byk support prgm kami.. semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan yg paling penting, input yg hendak kami sampai dlm modul ini, berkesan kpd kumpulan sasaran yang kami buat..aminnnnn...
Posted by Berembang at 7:00 AM 2 comments
pesanan imam Al-Ghazali
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
2 - Lalu imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Posted by Berembang at 6:24 AM 0 comments
Saturday, February 12, 2011
Rahsia Lima Jari
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
hayatilah ciptaan Yang Maha Esa!!!
Posted by Berembang at 7:03 PM 0 comments
Saturday, February 5, 2011
Sekadar renungan bersama
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Posted by Berembang at 9:44 AM 0 comments
Tuesday, February 1, 2011
~ jika...betapa...~
Posted by Berembang at 7:42 AM 0 comments
Wednesday, January 12, 2011
Tips Temuduga
- Orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan bukan bermakna akan memenanginya – selalunya adalah mereka yang memberi temuduga yang terbaik akan memenanginya.
- Temuduga adalah lebih kerap untuk memberi jawapan teknikal yang tepat. Ia juga adalah untuk membina silaturahim yang rapat.
- Bukan semua penemuduga tahu apa yang mereka kehendaki; tugas anda adalah untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal penemuduga yang baik dan tidak.
- Adalah lebih baik anda bersikap jujur dan mengaku tidak mengetahui daripada cuba berlagak pandai tetapi berakhir dengan kebodohan dan tidak cerdik anda.
- Mereka yang kelihatan kemas dan segak akan mendapat pekerjaan - mungkin di dalam layar perak Holywood, tetapi secara keseluruhannya, majikan adalah lebih menginginkan bakat daripada faktor luaran.
- Percubaan untuk memberi jawapan yang tepat boleh menyebabkan masalah buat anda. Adalah lebih baik dengan memberi jawapan yang baik dan bertepatan daripada terkapai-kapai mencari jawapan yang tepat; kerana lazimnya tiada jawapan yang tepat di sana.
- Jangan bertanya soalan hanya untuk menyoal. Bertanyalah sekiranya anda benar-benar ingin jawapannya yang belum disentuh semasa temuduga.
- Temuduga adalah peristiwa biasa memerlukan kelakuan yang biasa. Penemuduga akan beranggapan begitu dan boleh beranggapan secara negatif sekiranya mereka tidak nampak begitu.
- Penemuduga tidak akan membazirkan masa mencari kecelaan anda. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang siapa anda. Elak dari menjawab soalan yang mempertahankan diri. Adalah lebih baik anda berfikiran bahawa setiap soalan itu akan memberi anda peluang untuk menyerlahkan diri anda.
- SeMoGa AnDa BeRjAyA
Posted by Berembang at 7:00 AM 0 comments